KLINIK UNCLE ROGAYAH (BIN BAHULU)

 

Tuesday, July 13, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
__________________________

__________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Tuesday, April 20, 2010

pam it

kronologi hidop gua harini penuh dgn dugaan. dikala matahari baru hendak berkokok di pagi yg dingin bak suhu penempatan edinburgh, gua sudah bangun. ah damn, gua slalu silap taip dan malas nk backspace.matahari x berkokok sebenarnyer.

tettttt....jam loceng dari hp spotlight gua bergamelan....menunjukkan jam 8.00am

mmg sejuk perut mak gua kandungkan gua bgn pukul 8...haish....gua sabar,penuh tawaduk, penuh berinovasi menepouk bantal gua lalu bgn. gua berjalan menggunakan step zapin menuju ke arah tandas. gua melucutkan pakaian sexy gua. owh tidak!!!!detik hati gua. gua syak something is going on sbb lantai tandas gua kering semacam. see! mmg betul sangkaan gua. air x der. perasaan gua bagai letusan gunung api krakatua. ah malas la nk cerita. pnjang dol nk taip blog. bye

footnote: kalau rajin gua sambung

MY NEW LIFE AT MEGALOPOLIS S%T#U

Dalam hidop gua. Gua habiskan separuh idop gua dengan berhibernasi bersama rodriguez. Separuh lg untuk aktiviti gua yang lain2 termasuk part-time siak masjid dan pekerjaan lain yg terpaksa gua rahsiakan demi maruah nusa dan bangsa.

sepanjang gua sedut oksigen di timur Gua da addict kt coconut shake. Sudah hampir 4 moon gua berhijrah kt kota metropolitan megalopolis setiu dan secara matematik gua habiskan paru2 gua dengan menikmati coconut shake lpas main futsal dgn kawan2 gua sebanyak(refer to the below calculation):

sebulan ada 4 minggu
seminggu sekali main futsal
setiap kali balik futsal singgah pasar malam beli coconut shake

= 4 x 1= 4 (mksudnya gua minum coconut shake 4 kali seminggu)

Mathematic mmg mencanang kepala hotak gua mlm2 gini(kal ho na ho on air)

Dan pemikiran kepala hotak gua sudah mula diracuni virus influenza THR.eVERYDAY I LISTEN TO THR. eh lahabau pnye keybord. apsal caps lock tibe2. sori. gua malas nk backspace....gini lah pendek ceritanya. gua proceed berasaskan konsep analogi. Kalau di Mesir ada Piramid. India ada Taj Mahal. Tapi di tempat gua, kami masyarakat di sini ada Thr... Gua bergantung hidop pada Thr. 'Thr adalah cahaya hidup kami'. Gua syak masyarakat disini guna tagline ni..... agak pnjang kalau gua nk bercerita ttg thr. tp percayalah gua adalah salah seorang penyumbang x ikhlas utk radio ini. thannk you

footnote:
rodriguez: nama bantal panjang gua

Tuesday, December 8, 2009

Imam cabul pemuda di hotel direman 4 hari

TAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.

Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.

Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.

"Mangsa diminta berbogel untuk proses rawatan. Mula-mula, imam terbabit melakukan urutan ke seluruh badan. Mangsa terperanjat apabila dadanya diraba dan kedua-dua cuping telinga diusap. Dia kemudian mengucup bibir dan memegang zakar mangsa.

"Tersentak dengan rawatan luar biasa itu, mangsa mencapai dan menyarung pakaian lalu melarikan diri dari bilik hotel. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tampin," katanya.

Sumber itu berkata, imam terbabit sebelum ini disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak yang mengaji al-Quran dengannya, tetapi kes diselesaikan oleh imam itu dan keluarga mangsa tanpa dilaporkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan imam itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau persendirian yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Beliau juga meminta ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi mangsa atau sesiapa saja yang pernah menjadi mangsa kelucahan melampau suspek terbabit membuat laporan polis untuk membantu siasatan.

perasaan penulis: apalah nak jadi dengan dunia sekarang....ish3....gua harap2 kawan2 lelaki gua jaga2....gua syg sama lu...mmuah

Friday, November 27, 2009

bicara tentang korban

hari ini kita merayakan satu perayaan. iaitu hari raya korban. dan aku sangat gembira merayakannya bersama keluarga aku. aku bersyukur tinggal di malaysia dalam hidup yang serba serbi dilengkapi dengan nikmat kehidupan yg sukar kita dapati di negara lain. adakah mungkin kita mengecapi nikmat keamanan seperti ini di negara lain?tidak!. tidak! dan tidak! aku bukanlah orang yang layak berbicara tentang pengertian korban yang sebenar. tapi aku mula menghayati pengertian tentang pengorbanan seorang kawanku. pengorbanan yang aku rasakan sukar untuk kita capai tanpa kuasa dariNya.

kawanku sedar dia melakukan kesilapan dalam perhubungan mereka. Kisahnya bermula apabila dia menghilangkan dirinya mencari keberkatan hidup disamping masalah yang menimpa keluarganya. ayahnya sedang nazak dan dia juga dibebani dengan pelbagai masalah lain. dia tak ingin kekasihnya terlalu memikirkan keadaannya kerana dia tahu kekasihnya org yg bagaimana. inilah dugaan dunia baginya. namun dia beranikan dirinya mengorbankan cintanya demi mencari sesuatu yg dia tidak pasti keranan dia tahu kekasihnya itu percayakan dirinya dan dia juga percayakan kekasihnya. dia tahu kekasihnya itu akan menunggunya walau apa pn yg terjadi. apa yg diharapkan olehnya dalam doanya hari2 adalah supaya dia dan kekasihnya tabah dalam dugaan cinta mereka ini. sepanjang kehilangannya dia mencari erti sebuah cinta. dia byk mendalami imu agama. dia mencari erti sebuah kehidupan. dia sedar kehilangan dirinya tanpa sebarang penjelasan terhadap teman wanitanya merupakan suatu kesilapan paling besar pernah dia lakukan. sepanjang mencari erti cinta sebenar, kawanku berdoa semoga tuhan memberikan petunjuk kepada dirinya. dia tidak pernah merasakan keajaiban sebelum ini. namun doanya berminggu-minggu telah menjelmakan keajaiban dalam hidupnya. dia didatangi dengan pelbagai petunjuk olehNya. dia mula mendapat kepastian tentang erti cinta yang sebenar.

dia mula mencari cintanya yang telah dia tinggalkan. dia sedar dia telah melakukan kesilapan dengan pergi tanpa sebaran penjelasan. dia ingin menceritakan kisahnya kepada cintanya itu. dia ingin sekali berkongsi semua rahsia dengan teman wanitanya itu. dia cuba untuk menghubungi kekasihnya namun apakan daya. kekasihnya telah dimiliki oleh org lain. dia tahu kekasihnya menyesal dengan keputusannya yang terburu2 menerima lelaki itu. dia redha. berharap agar kekasihnya sedar tentang keputusan yang sedang dibuat olehnya. aku. Dia percaya pengorbanan yg dilakukan olehnya itu adalah suci. dia menganggap ini hanyalah dugaan dalam cinta mereka supaya mereka sama2 belajar. dia korbankan cintanya utk keluarga dan keredhaan Allah. tetapi salahnya adalah dia tidak memberi sebarang penjelasan dan kekasihnya pula terlalu terburu2. aku berharap agar cinta mereka diberkati. aku bukan ingin menyokong siapa2 dan menyalahkan siapa2 kerana bagi aku kita tidak boleh jadi sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik.dan aku berharap agar cinta mereka ini mampu memberi pengajaran kepada yang membaca.


abg gayah pnye perasaan:-semakin hari semakin byk jodoh yg bersambung dan terputus kerana pesbuk dan yang sewaktu dengannya.....merosot btoi

Monday, November 9, 2009

reminder ini sangat dahsyat

reminder ini sangat dashat,

Apabila kita berseorangan di waktu malam kadang2 kita akan perasan...'owh sana ada cicak'....'owh cicak itu gay'...atau apa2 sahaja yg terlintas dalam kepala kita ketika kita cuba untuk tidur. dan kita cuba utk bertanya kpd diri kita sendiri dgn pelbagai persoalan hidup. seperti kenapalah aku tak tak bla bla bla yg bernada penuh kekesalan. apa rahsia dia smpai dia boleh bla bla bla yg bernada kekecewaan...dan lain2 lagi....dan semua persoalan ini hanya akan timbul apabila kita berseorangan di waktu malam. ya benar. ketika kita berseorangan di waktu malam. dikala semua org leka dibuai mimpi berkahwin dgn janda, duda, gabenor negara, barack obama ...atau dengan apa sahaja yg tidak mampu mereka capai dalam realiti kehidupan mereka.

reminder ini sangat dashat,

ia membuat kita berfikir bahawa Hidup ini mmg unik. kita x akan berdoa kpd Dia selagi kita x berada dalam kesusahan. Kita juga x akan berdoa kpd Nya selagi kita belum mendapat perkhabaran 'awak x boleh hidup lama' atau 'bini awk kena aids' atau 'jantung awak berbentuk piramid'..Ia seolah2 satu reminder yg sgt berkesan dan unik dlm hidup kita. reminder yg automatically mengingatkan kita kpd realiti kehidupan, kisah perjalanan hidup kita, dan membantu kita menjadi org yg lebih baik. juga reminder ciptaan Nya yg tiada tandingan berbanding reminder hp nokia cap ayam atau sony erikson cap unta. selagi tidak diduga kita x akan pernah bersyukur. kita akan sentiasa mengeluh tentang pekerjaan kita yg bosan. sdangkan kita x pnh memikirkan nasib insan2 yg memerlukan yg tiada pekerjaan, tiada katil selesa, dan tiada duit nk makan nasi kandaq. Ya itulah reminder ciptaan Nya.

Dan malam ini, sama seperti manusia lain, aku juga dihantui reminder yg dashat itu...mengingatkan aku bahawa hidup hanya sekali. dan gunakanlah sebaik-baiknya masa yg ada.....seolah-olah mendapat sepakan percuma di masa kecederaan....owh seriusnya aku. macam x percaya...macam menunggu keputusan juri american next top model...mungkin aku perlu cuba utk serius dengan wajah remy ishak dalam nur kaseh...atau aku perlu menjadi serius seperti jim carrey dalam YES MAN .... owh itu tidak mungkin.....


perasaan penulis:- kenapa cicak itu gay?

Saturday, November 7, 2009

Kolestrol ( tambahkan sabdu di atas huruf 's' ketika disebut'...sssss)

Kole dan straw....ini dua benda yang sangat cocok kalau dipadankan...(fuh layan beb minum ais kosong dalam kole aluminium mamak..rasa mcm nikmat malam pertama)..tapi petikan ini bukan berpuisikan kole dan straw...tapi pasal kolestrol....(jangan lupa sabdu atas 's')...

(teringat makan maggie dalam kole guna pen buat chopstik dulu2 time asrama...)

Harini aku chat dgn kwn aku. Niknamnya NakuCue-bukan nama sebenar-(dan juga bukan membawa maksud nak susu@nak susu badan dalam loghat baby 6 bulan). Rujuk fakta kes di bawah

Kes 1

Ada seorang wanita. namanya tuuuut. 3 bulan lalu wanita ini gembira. Gembira bangat kata minah indonesia. Suaminya senang mendukungnya. Dia berasa sangat gembira kerana kasih sayang suaminya. Kalau ditanya 'abg sayang syg x?...suaminya mst menjawab 'sayang giler'. Dia sangat gembira setiap kali suaminya menjawab sebegitu. Tetapi sekarang semuanya berubah. ...beratnya sudah menjadi tuuuut(dirahsiakan). Kalau dahulu badannya seperti straw. Ditiup rebah. Dihembus melayang. Sekarang tidak lagi. Suaminya juga sudah berubah. Setiap kali diajukan soalan yang sama seperti di atas suaminya akan menjawab 'ape kau buang tebiat ke eton'. Lihatlah perubahan suaminya. Namanya juga sudah ditukar menjadi eton. Dia tabah mendengarnya. Namun wanita itu masih mengajukan soalan yang sama kepada suaminya setiap hari....I

Tuan-tuan dan puan puan sekalian,

Rakyat kita masa kini adalah semakin gemuk. Rakyat kita kini hanya duduk dan makan untuk mati. Dan rakyat kita kini buai dibelai kenikmatan hidup di Malaysia. Sembahyang tu tataw nak kata la. Macam suhu badan. Kalau hujan suhu meter turun. Kalau panas terik meter naik skit la kot sbb baru sedar matahari sejengkal di atas kepala. Astaghfirullahalazim(3 kali....jom rmai2)

Berdasarkan satu kajian berterusan telah mendedahkan bahawa 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) — dua kali purata negara-negara Asia lain. Gua bukan nak cakap aper la kan Mana tak obes. Mkan sehari 7 kali. PTG2 layan manja lara. Tengok khusyuk mcm nampak org kemalangan. Suami balik kerje tanya 'dah minum kacip fatimah?(tersenyum manja)' ......pun buat tatau usha manja lara. Kesian lelaki2 suami mithali cam gua.


Gua berbicara bukan sekadar utk pedoman kawan2 gua. Tapi juga untuk diri gua. Berat gua pun dah lain mcm. Gua tak nak jd mcm Sean Kingston. Gua tak nak jadi mcm Maradona. Gua nak jadi macam Ryan giggs. Tua-tua berlari laju. Dan Gua tak nak jd mcm The Big Show. Macam Kura-kura kalah dgn arnab. Gua tahu sesiapa juga tak mahu. Tapi perlukah kita omong dimulut sahaja. TIDAK!!....SESEKALI TIDAK!!

Pesanan gua kepada kawan-kawan gua. Manja yang gemuk pun dah kurus. Anda bila lagi?


Perasaan penulis:- Tiba-tiba lapaq kari nasi kandaq. Tolong lempang gua