Saturday, October 31, 2009

jangan bagi masuk kotak

dari dekat puji memandang saja pak an berlari dengan berkobar2. pak an laju. mmg laju. semua org tahu. ramai orang cakap dia laju. kalau waktu skola dulu. pak an lari mst rambut die terselak mcm iklan rejoice. tp kali pak an rambut pendek. jadi wujud bentuk sokongan aerospace. ini buat pak an lg laju. puji juga terkesima tgk pan an lari. puji terkinja2 mengejar pak an. puji x larat nak kejar pak an. waktu puji kejar pak an, puji teringat nasihat ustazah time skolah dulu. puji juga teringat pesan atok nenek puji. kasihan puji. puji trauma terok

'jangan buat org x baik tuhan marah. biar org buat kite x pe'

mak ayah puji slalu berpesan setiap kali puji nk pergi kelas mengaji pak mat

'jangan gaduh2 dekat tempat mengaji'....pesan atok nenek

puji x sampai hati...kalau puji sepak kaki pak an nanti kesian dgn pak an. pak an boleh masuk hospital kalau puji sepak kaki dia. puji kuat. tapi puji juga baek hati. pernah dahulu puji tersepak kaki kawan puji smpai patah. itu kalau TER. kalau puji sepak betul2 mmg nauzubillah... ada satu hari puji sakit hati. minah x balas surat puji. penat puji belajar pantun

pecah kaca pecah gelas.
sudah baca harap balas..

lpas dpt surat puji minah buat muke ketat bila tk puji. puji tahu minah marah. puji frust. tp puji bdk sukan. puji amalkan gaya hidop sihat. puji tak boleh ambel ganja. petang tu puji main bola. puji sepak kuat2. bola puji (ermm... i mean bola sepak yg disepak puji).. hinggap lalu sipi2 nak kena rokok dunhill coach. muka coach pucat. coach tekejut. 'kuat gile budak ni sepak'. rokok dunhill coach patah terkena geseran angin tadi. selepas haritu baru coach nampak bakat puji. dia bg puji main last bek@ last man. puji makin suka. hari2 dia makin semangat sebab sebelom ni puji asek tgk rio ferdinand dari jauh. puji main mcm rio ferdinand. tapi malam ni puji nak jadi rooney. puji nak score. puji dah lupa tanggungjawab. puji dalam dilema. puji nak sepak ke tak kaki pak an. puji trauma nasihat mak ayah atok nenek puji. kesian puji. tapi wisel dah bunyi. puji dah tak boleh buat apa......puji sedey....
..
..
..priiiitttt
..
..KELANTAN 3-PERLIS 1
..
..tapi puji tak boleh buat ape. 'argh janji dpt gaji'..detik puji dalam hati...

nota kaki:- puji- fauzi nan @ last bek perlis
pak an-nur farhan @ winger kelantan yg score hatrik


(perasaan penulis:=apsal la puji lepaskan pak an masuk kotak waktu gol 1st. rasa cam nak tarik telinga)

Friday, October 30, 2009

gian pak tongkol

gua da ckp gua x nk main muka buku...korang ajak main gk...sekarang apa dah jadi...

pagi2 gua terpaksa bgn pagi memasak membuka kafe....slalu gua masak yang 12 jam. kalau masak pukul 6 pagi pukul 5.50 petang gua dah ready dpn laptop angkat masakn.gua suka masak ayam. sambil menuggu gua berjihad bersama mafia2 gua...gua x tahan kalau main sehari...ibarat gian gua pada nsi kandaq...atau mungkin lebey lagi....ini semua salah pak tongkol....kalau pak tongkol x ajak gua main pesbook mst gua dah byk pahala di atas sejadah...mst suara gua dah hinggap di bibir telinga manusia2 ketika waktu solat masuk....

harini genap 2 minggu gua buka kafe gua....gua sangat berbangga dengan tahap istiqamah gua setakat ni...gua juga ada 26 mafia...kawan2 gua dikala susah dan senang...mereka x pernah tinggal gua ketika berjihad...satu keadaaan yg sukar utk gua daptkan dalam realiti kehidupan gua...manusia sering merengek tentang kebosanan hidup mereka...tapi mereka tak pernah cuba mempelbagaikan kehidupan mereka...

SELAMAT DATANG FACEBOOK....kah3..

perasaan penulis:- mcm x pecaye jek gua layan facebook...kah3

Wednesday, October 21, 2009

kelibat di pagi buta

ding dong..........(bunyi alarm hp abg gayah)


abg gayah tercari2 hp abg gayah lalu mengoffkan hp tochlite itew....harganya murah dan praktikal...msuk hutan snang memerut....semuanya gara2 hp torchlite abg gayah....terima kaseh ibu kerana sudi menyedekah....

harini abg gayah bangun 4.45am....

kecuit!kecuit!......bunyi geseran sudu di dalam cawan milo abg gayah

abg gayah bukak facebook abg gayah .....lalu memantau keadaaan di tapak perang
stamina abg gayah ada lg 8 daripada 15

3 minit kemudian abg gayah out...

stamina geng2 abg gayah dah habis....

petang nanti abg gayah nak main lagi MAFIA WAR....best gila...sempi punya...rugi ampa tak main


p/s: abg gayah baru buat facebok..add la...sejak bekerja ni bru nk buat...dulu tima blajo x maw...harem ketinggalan

Wednesday, May 6, 2009

FASHA SANDHA IS THE BEST... THE BEST IS FASHA SANDHA...

Langkawi.ya itulah kedudukan aku sekarang dikala aku menaip bende ni.mingu ni ak tersangatlah bosan.nak klua dgn awek,awek x de. nak kata x hensem x jugak. tngu awek jawe dtg ngorat je lah. manis 2 mmg ade sgt2 la aku ni. muke mcm ni x de org jawe nk ngorat mmg plek. bosan nk mampos jd penganggur, sbb tu la aku pergi langkawi. mmg dasyat bile dpt tawu diri aku begini. x sangka mabuk laut. siot je. memalukan persatuan tabligh. faktor kedua aku mabuk seumur hidup selepas nasi kandaq. selalu makan nasi kandaq ja mabuk.macam ular minum todi. sangat tidak disangka. nasi kandaq mmg sempoi. time aku blajaq kalau x pekena nasik kandaq 3 hari aku dah lembik lutut. aku x taw dia bubuh apa tp kalau korang gian nak mabuk, dari dok minum air daun ketum ke baik korang makan nasik kandaq.sempoi pnye.kenyang pastu blik tdo. bgn2 maen bola. mmg masyuk. kalau rumate aku lg psyko. pernah skali die dtg penang. aku pergi amek kul 4 pagi pastu trus pekena nasik kandaq pkui 4.10am. sangat terkesima. rumate yang aneh. eh apehal gua cite pasal nasi kandaq plak. tp bile ak pk sbb aku rase cm pening2 ala2 mabuk rasenye bkn sbb aku mmg pemabuk. aku rase sbb aircon. x syak lg. penumpang ramai,aircon slow. mungkin berisiko nk karam. penumpang sume mak cik xxl. aku dah cuak gile. x larat nak mengucap dah. harap2 x karam. pengurusan feri yang amat tidak berorientasikan keselesaan penumpang. satu fenomena yang tidak bagus. aku ni plak sah2 la kekurangan oksigen. bawu kentot ade. bawu ketiak lg la. tibe2 ade budak makan nasi lauk gulai pulak dengan berselere. sangat nak lempang budak tu. anak sape ni?. perjalanan yang aneh. nk buat2 pengsan mcm x berbaloi. kiri kanan pak cik makcik je. ak x sangup terima CPR dari diorang. so aku ambil keputusan tahan je kpale aku. driver feri pasang impak maksima. mmg sangat x membantu. setiap kali nk pejam mate dnga suare doraemon. sangat memualkan.bkak mate tgk2 fasha sandha. owh my God bile nk sampai. dengan suare2 makcik2 dari geng mengumpat amatur ni, lg la tambah sakit kpale aku. Last2 sampai jgk. Alhamdulillah, aku masih hidup....berjaya keluar dari medan perang dengan selamat....syukur.... akhirnya aku dapat melepaskan diri dari genggaman doraemon....
.
.
Perasaan penulis: Alhamdulillah...akhirnya berhenti juga darah yang tesembur dari hidung aku sepanjang menaip pasal fasha sandha...shukur...

Sunday, April 26, 2009

GURUKU

' aku x nk jd cikgu,bg sejuta pn ak x nk.',kata kawanku.-Shakespeer-

Ini ayat kwn ak yg slalu paw bdk dlu2.dan disebbkn ayat tersebut skrg die bwk lori ais.Atau mungkin ini adalah hukum karma bg org yg slalu paw time skola dlu.Hidup mmg pelik.Tp ni semua ketentuan Ilahi..Kalau org bg sejuta kt aku, mane mungkin ak tolak beb.

Setahu aku,kalau org biase cm kite ni nk dpt sejuta, hanya ada dua cara.

1) Pertama.masuk WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE?
-tp mane mungkin nk menang.Slumdog millionaire je boley menang.2 pn sbb director die buat cerita..Tp mmg respek la filem tu,dasat la bg ak sbb uniq.Ak tgk 47 kali sbb teruja.

2)Kedua,masuk ONE IN A MILLION.
-tP KOrang kne lawan Tomok.Perghh konpem korang kalah.Tomok dahla hensem,suare sedap plak tu.Perggh mmg ssh la.BLUEEEK.mAaf ak termuntah.Ak muntah sbb ak mmg 'minat' gle Tomok walaupun die nyanyi penuh timbul aurat kt leher penuh.dah mcm boley main dam ular.

(p/s-kalau suare cap ayam jgn la gatai nk masuk)

Berbalik kpd ayat di atas,Korang mungkin sekali pernah dengar ayat2 sebegini dari kawan-kawan korang,sepupu sepapat ke, atau terbaca sumpah seranah beremosikan sebegini di pintu tandas USM,UKM,UM dan lain2 lg tmpat yg strategik dan berkemungkinan menjadi medan vandalisme....

Ya benar.Aku juga pernah.Ketika aku masih bergelar pelajar terutamanya ketika di universiti sakit mental aka USM dan sekolah menengah aku yg penuh dgn pelajar2 yg aneh.

sepanjang hidup aku antara bnda yg boley buat ak senyum sesorang(mcm kawan ak name paku yg slalu senyum bace msg sesorang) dan buat ak gelak(ak ssh nk gelak sbnanye) adalah bila ak tawu kwan2 aku yg ak yg perangai mcm naruto jd cikgu tbe2.

Orang pertama yg ak x leh nk bayang adalah Mohd.Asrol aka Paroq.Dia ni slalu jd misteri kpd kehilangan televisyen dalam daerah hulu langat.Paroq ni kwn ak time kt skola.Dia mmg macho.oRGnya gemuk.tp skrg die dah kurus .benarlah kata pepatah kawan aku 'lemak itu ibarat air sirap.tingal nk sedut je'.Lihatlah paroq.Beliaulah contoh terbaik.Kalau dulu org mmg x bg die maen musang terbang(flying fox) sbb takut tali putus.Kalau tali tersebut diibaratkan seperti keju,Paroqlah tikusnya.Mmg trus ghaib tali permainan musang terbang tu.Tp Skrg aku rase mungkin musang sendiri yg akn naek atas die.Walau apa pun ak mmg salute kt paroq krn berjaya memakai seluar carrot cut walaupun sudah ketinggalan zaman.

aKU terkesima ketika melihat diri Paroq buat kali pertama setelah separuh dekad tidur di USM.Paroq ni kwn time ak kt skola.Dia mmg misteri.Dulu2 die mmg kaki kopak bilik dan pakar merembat barang.Bg je bilik ape korang nk,semua die boleh kopak.Walau sesusah mane pn dia akn buat smpai berjaya,inilah sifat yg sgt aku kagumi dlm diri paroq dan mungkin sifat inilah menjadi X-factor bg dirinya sebagai seorang guru.Bak kata pak Arab 'MAN JADA WAJADA'.Maksudnya 'SIAPA YANG BERUSAHA MAKA BERJAYALAH ORG TERSEBUT(lebey kurang gnila).Sebagai menjaga hati kawan2, aku rasa Mungkin sifat inilah yg mungkin mampu paroq perturunkn kepada anak murid beliau yg mungkil bakal mengulangi sejarah jenayah paroq.Paroq ini diibaratkn seperti jantung kepada dorm D02 yakni bilik berpuaka.tANPA jantung siapalah kita.begitu juga paroq.tANpa Paroq maka tak wujudlah sofa 3+2+1+meja kopi,play station 2+televisyen 21 inci dan barangan2 lain.Mmg heaven la bilik ni.Korang x payah msuk Perdana Ria nk putar2 roda terseliuh tangan kalau nk hidu bau barangan2 percuma gni.Paroq mmg legend.Aku rase dia layak jadi subjek kajian misteri Nusantara sbb smpai skrg byk pihak tertanya2 mane dia dpt tv tesebut.Kantol sebijik dgn ustaz, esok dpt tv baru.Mmg pelik bin ajaib.

Sbnanye ak x tawu paroq ade kt mane slame ni.Baru2 ni je bru dpt tahu die kt Maktab Pulau Pinang bersama kereta Wira edisi Gaban yg diperturunkan oleh ibunya.Jaraknye sekangkang kera.Kentot pun dngar.Tp semua tu dah terlambat sbb ak dah x de kt pnang.Sempat lpak skali je pegi mkn ckahuetiaw kt sungai 2.Paroq mungkin berbangga dengan aku sbb menghasilkan karya ini yg penuh dgn pujian untuknya,tAPI,bak kata kawan aku berdarah jawa berkulit hitam manis(muke mcm ainul aisyah beb kwn ak ni), 'things do happen for reasons',kalau tidak,x de la Amerika serang Iraq.Ingat mamak kt SUbaidah layan korang free ke bg tgk MU,mst la nk rembat duit korang.Begitulah konsepnye lbey kurang.So paroq,nant ak trun pnang paham2 la.


Berbalik kpd tajuk kita iaitu GURUKU.Aku berharap supaya korang semua tidak menyamakan guru-guru di Malaysia dengan filem GURU.Ia adalah sgt tidak munasabah.Aku percaya bahawa guru2 di Malaysia pd masa kini sememangnya insan yg amat penting dan berdedikasi dalam menyampaikan ilmu, ditambah pula dengan kepimpinan 'Satu Malaysia' Perdana Menteri kita yg ke-6, Dato Seri Najib Tun Abd.Razak dalam mencorak masa dpn negara kita.Dan ak berharap guru-guru pada masa kini akan masih memperjuangkan kejujuran dalam menyampaikan ilmu dan bukan semata-mata gaji yg byk dan cuti yg byk sahaja kerana negara kita akan dipimpin oleh generasi muda yg berwawasan @ kemungkinan juga oleh mat rempit yg x da moral tp penuh ilmu di dada(nant malaysia jd negara rempit.mmg sempoi.aku suka).Ini semua terletak di tangan anda. Undian anda menentukan pemenangnya.ON AWEERA hantar ke (rujuk 8tv ONE IN A MILLION untuk mengundi-orang kampung aku ni)

Kpd kwn2 aku yg sgt lingkup yg sedang menjadi guru di pedalaman dengan kisah2 lucu mereka yg terpaksa merentasi 2 batang sungai dan berenang bersama harimau untuk sampai ke sekolah mereka,aku berharap korang tabah dan dpt membimbing anak2 muda bangsa kita dan tolonglah JANGAN merosakkan anak pakcik2 dan makcik2 yg telah penat berusaha untuk membayar cukai kerajaan,Aku tawu korang dah lame x pegi semayang jumaat.Tp bwk2 la semayang zohor.Dahla jumaat x pegi zohor plak lesap.Merosot.Astaghfirullahalazim...

Tuesday, April 21, 2009

PETANG YANG ANGGUN

Cuaca hari ini sungguh indah.Time aku masih menuntut, cuaca seperti ini sering mendorong aku untuk berbisik kpd rumate aku yang sengal itu, 'pelik,cuaca elok,apalagi, petang ni maen bola r'.Hari-hari aku akan maen bola dgn rumate aku.Time tu,gol besa,Mmg bes tambah plak dgn sora Mat Langkawi yang seperti menjerkah budak curi buah mempelam.Tapi sbb skrg player2 kacak dah ramai grad,so tinggallah player2 x kacak aka bdk2 baru yang sangat x bes.Aku x ska maen bola dgn bdk baru yang keanyakannya ahli SUKSIS aka polis kanak2 sbb diorang maen mcm nk p berjihad.Kalau Usm hantar diorang pergi Afghanistan mmg konfem la Amerika kalah.Ape pun,sekarang ni, permainan bola di padang keramat Old Trafford Aman itu sgt tidak best.

(info-'pelik' itu adalah satu nama)

Aku seperti biasa, tidur kembali selepas subuh,satu agenda yang sering aku lakukan dalam kehidupan aku yang aneh. 'Ding dong'.Jam berbunyi, aku mengeliat mesra ibarat harimau yang dikejutkan. Hatiku berbisik, 'huiyo,lame gile aku tdo.Dah 1.30'. Aku berjalan dengan penuh selamba ke tandas.Aku tahu muka ak mmg selamba.Ketika di USM,kawan-kawan aku selalu memuji aku,'muke hang mcm org bgn tdo.Patot r x de awek'.Aku tertawa sendirian mengenangkan kenangan-kenangan indah ketika menuntut.

Hari ini hari selasa bersamaan hari sebelum rabu dan selepas ahad.

Aku membuka laptop dan memulakan aktiviti aku mengecek aka mengusha email yang seringkali dipenuhi email dr permainan tagged,frenster dan lain2 lagi permainan bosan yang sgt menggerunkan itu.Aku berym dgn ketua tarian aman damai aka nadira binti salim.Berikut merukan secepis daripada sepotong perbualan kami:

badshah87: apa yang anda lakukan

diella diella: sdg chtg
diella diella: update blog
diella diella: awat ??

badshah87: bagus
badshah87: aktiviti yang berfaedah
badshah87: saya sgt teruja
badshah87: (mengunyah mempelam harum manis)

diella diella: siot je perli ako

badshah87: ape blog anda
badshah87: saya ingin bercanda disana

diella diella:
http://www.nadirasalim.blogspot.com/
diella diella: ko ado blog jgkz ea ??
diella diella: bg la add

badshah87: Rakyat malaysia sering pening apabila memikirkan hari kiamat
badshah87: jadi bilakah peperiksaan anda akan tamat?
badshah87: saya tertanya2

diella diella: 27hb

Perbualan di atas sebenarnya untuk mempromosikan blog kawanku yang tertera di atas.
Ape pun, aku nak berterima kasih kpd beliau kerana sbb beliau ak terase cm nk maen blog walaupun ak x pnh suke pon menatang ni.Sebagai info kepada cowok2 dan cewek2 diluar sana,cik nadira binti salim merupakan ketua tarian aman damai.Kalau dalam askar tu kire pangkat sarjan la.Sebagai mengakhiri, berikut merupakan biodata beliau:

Nama:Nadira binti Salim
Umur:23
Asal:Johor Bharu
Kakak angkat:Kak Cha Squarepants(just married)
Status:Available on ym
Jawatan:Naip yang dipermuda Aman Damai/Tauke french fries gerai jualan Karnival Aman Damai
Mkanan kegemaran:French fries/bakso(sbb pengaruh jawe johor)
Minuman kegemaran:Coca-Cola
Anak buah:ida aka 3r emoticon ym mulut muncung dan penari2 bekup
Moto hidup:Menarilah anda sebelum anda ditarikan
Kejayaan terbesar dalam hidup:Main pingpong

Tuesday, July 22, 2008

'THE IRRESISTIBLE OF TAT SENG'

Assalamualaikum...hola mi amigos..kpd kawan2

Setelah darah2 ku menyerap kebosanan hingga merangsang otot2 jariku jd telah sy putuskan untuk menulis menatang ini buat tatapan semua kawan2..


tat seng....itulah selipar kegemaran ku...perasaan pd kali pertama memakai selipar ini agak x brapa selesa kerna terasa ketat mcm x muat ja walaupn sudah memilih saiz yg sesuai...tp bla dah lama2 tu terasa 'YA ALLAH!!!SELESA GLA'.....itulah gambaran nak tunjuk keselesaan selipar tu...

sy ska selipar ni sbb dia unik...dan byk kebaikan disamping keselesaan...

terpijak tahi lembu???terpijak tahi kucing??
hah.semua tahi2 itu small matter ja bg pemilik selipar ini
samak ja 100% long lasting comfort clear
itulah keunikan tat seng..........

mungkin kwn2 tertanya2 mengapa namanya tat seng....knapa x dinamakan tat meng ???
sbbnya snang ja ... sbb org cina yg buat....kalu pak arab yg yg buat selipar tu akan tkaq jenama jd ali karimi ...
kesimpulannya selipar tu nama tat seng sebab org cina yg reka....
x mengapala.sbnanya nk kongsi kpd kawan2 yg x tau asal-usul nama tat seng . kwn2 usahlah berduka lara.sy akan ceritakan...ceritanya berbunyi begini......



Pada zaman dahulu di negara China wujud sebuah negeri dipangel Wa Ca Ya Sa Ma Lu.negeri itu amatlah cantik namun cantik x bermaksud tiada bahaya...rakyat2 negeri itu sering diancam dgn wujudnya kelompok harimau yg semakin membiak dgn jayanya dan fenomena ini amtlah ditakuti oleh semua homosapien dinegara tersebut...dan disebuah kampung yang dipanggil kampung inspektor chenuhun tinggallah seorang jejaka tampan bernama Seng dan seorang ibu yang ska berjudi bernama Alexis(kacuk amerika beb).mereka bkn sj miskin malah teramat2 miskin. disbbkan hobi si ibu yang ska berjudi.mereka terpaksa merantau tanpa sesen pn bagi mengelakkan diri drpd cheti haram kerna si ibu ska berhutang utk bermain judi.disebabkan x da sesen pn jd si anak terpksa korek kubur,mengemis,mencuri dan menipu.tp pada hakikatnya dia seorang yang baik hati cuma dia terpaksa melakukan sedemikian rupa utk menyara idup mereka sekeluarga yg cedera parah.pada suatu hari ketika si jejaka kacak tersebut merayau2 di ladang getah terbiar ,...tiba2 muncul seekor harimau betina yg kulitnya berbelang horizontal.dkatakan oleh penduduk kampung sebelah kanan ladang tersebut ,harimau betina tersebut adalah species harimau yang x keruan dan gila seks...(harimau mcm ni pn ada???)...astaghfirullahalazim ...apabila terserempak dgn harimau tersebut,pemuda tersebut merasa terkejut yang amat sangat ibarat jantung terpelanting masuk perigi.....'didalam hati jejaka tersebut dia berkata,'arrrghh!!!tdak!!ak kna jaga maruah ak!!!ak lelaki suci'...alangkah baiknya lelaki tersebut.kalau bdk2 zaman skarang....harimau ka??kucing ka???semut itam ka??...semuanya dibalas bawak balik ke rumah..astaghfirullahalazim...apala nak jadi...dunia da terbalik...ok kta sambung...bla da terserempak mcm tu jd ,mau ka x mau dia terpaksa bertarung demi maruah...maka bertarungla laki tersebut dgn semangat juang yg tinggi dgn harimau berbelang horizontal tersebut...diceritakan oleh warga2 tua di kampung sebelah kiri ladang tersebut ,pertarungan mereka berlangsung selama 5 hari 5 malam tanpa sebarang commercial break.... akhirnya harimau tersebut kalah kerna dimakan bunga rafflesia yg idup liar di kawasan tersebut dan jejaka tersebut telah menang dgn girangnya....namun begitu bkn mudah untuk memenangi seekor harimau berbelang horizontal... selipar yg dipakai jejaka tersebut telah dipijak harimau tersebut ketika bertarung di atas lapisan pucuk daun keladi lalu putus ....akhirnya jejaka tersebut telah mengambil kputusan utk membuat selipar sendiri drpd getah2 chewinghum yg ada diladang getah itu...kerna bg penduduk di negara tersebut ,seorang jejaka yg tdak berselipar,dia seolah2 seorang manusia yg bergigi kuning dan tiada teruna..jd utk menjaga imej ,dia telah telah menghasilkan sepasang selipar(selipar tat seng sekarang)....maka berjalanlah dia dgn ironisnya masuk ke kampung2 dgn selipar rekaannya...semua penduduk kampung terkesima melihat seliper Seng(nama jejaka tersebut) kerana belum pernah mereka lihat selipar yang seunik selipar itu....namun begitu Seng mengalami satu masalah(masalah yg serupa seperti penulis)...kerna dia terasa ketat sewaktu memakainya...disebabkan terasa ketat jd dia bejalan dgn lenggok yg agak pelik iaitu berjalan dgn terkepit2 lutotnya...apabila kanak2 melihat seng berjalan begitu mereka mengejek seng,...'SENG KETAT!SENG KETAT!'......jd lekatlah dimulot rakyat2 negara tersebut dgn nama seng ketat...pd masa yg sama telah wujud satu kelompok masyarakat x bermoral dan tidak bertamadun yg ska mengejek seng dgn speed yang laju dan bertukarlah nama ejekan seng menjadi...'SENG TAT'......
(cuba try kalau x percaya dgn penulis)
...disebabkan fenomana ini terjadi di China jd apabila selipar tersebut telah dikomersilkan oleh anak2 beliau dan berjaya memasuki pasaran malaysia nama seng tat yg diabadikan sbg jenama itu telah bertukar mentadi 'TAT SENG'....kerna walaupn masuk malaysia tp kta pkey gak la sket stail2 eropah tambahan skarang ni dunia globalisasi.kalu dieropah family name akan berada dihadapan..(kalu x bra paham strukur nama sila tonton perlawanan badminton hafiz hasyim ..nama di belakang baju akan jadi hasyim hafiz...cm2 la konsepnya).....dan disebabkan hal itu maka wujudlah selipar 'TAT SENG'.....sekian......

begitulah ceritanya kawan2....

(perasaaan penulis:bimbang kna saman)

tat seng ni bagus....kalau org pmpuan tu kalu bf buat hal bley ja guna tat seng ni wat lempang....trus zuhud bf2 korang....kalu laki plak kalo korang guna mmg macho la..bersinar2 di waktu malam...
so gunala tat seng lg pn harganya x mahal.......
sy beli rm2.70 ja....hah!!!....
tp semenjak dua ni agak musykil sbb lain kedai lain harga.......

(p/s: ahli parlimen ijok...sila ambil perhatian)
sekian.....GUNALAH TAT SENG UTK BERJAYA....
(p/s :penulis kepenatan)
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&