Friday, November 27, 2009

bicara tentang korban

hari ini kita merayakan satu perayaan. iaitu hari raya korban. dan aku sangat gembira merayakannya bersama keluarga aku. aku bersyukur tinggal di malaysia dalam hidup yang serba serbi dilengkapi dengan nikmat kehidupan yg sukar kita dapati di negara lain. adakah mungkin kita mengecapi nikmat keamanan seperti ini di negara lain?tidak!. tidak! dan tidak! aku bukanlah orang yang layak berbicara tentang pengertian korban yang sebenar. tapi aku mula menghayati pengertian tentang pengorbanan seorang kawanku. pengorbanan yang aku rasakan sukar untuk kita capai tanpa kuasa dariNya.

kawanku sedar dia melakukan kesilapan dalam perhubungan mereka. Kisahnya bermula apabila dia menghilangkan dirinya mencari keberkatan hidup disamping masalah yang menimpa keluarganya. ayahnya sedang nazak dan dia juga dibebani dengan pelbagai masalah lain. dia tak ingin kekasihnya terlalu memikirkan keadaannya kerana dia tahu kekasihnya org yg bagaimana. inilah dugaan dunia baginya. namun dia beranikan dirinya mengorbankan cintanya demi mencari sesuatu yg dia tidak pasti keranan dia tahu kekasihnya itu percayakan dirinya dan dia juga percayakan kekasihnya. dia tahu kekasihnya itu akan menunggunya walau apa pn yg terjadi. apa yg diharapkan olehnya dalam doanya hari2 adalah supaya dia dan kekasihnya tabah dalam dugaan cinta mereka ini. sepanjang kehilangannya dia mencari erti sebuah cinta. dia byk mendalami imu agama. dia mencari erti sebuah kehidupan. dia sedar kehilangan dirinya tanpa sebarang penjelasan terhadap teman wanitanya merupakan suatu kesilapan paling besar pernah dia lakukan. sepanjang mencari erti cinta sebenar, kawanku berdoa semoga tuhan memberikan petunjuk kepada dirinya. dia tidak pernah merasakan keajaiban sebelum ini. namun doanya berminggu-minggu telah menjelmakan keajaiban dalam hidupnya. dia didatangi dengan pelbagai petunjuk olehNya. dia mula mendapat kepastian tentang erti cinta yang sebenar.

dia mula mencari cintanya yang telah dia tinggalkan. dia sedar dia telah melakukan kesilapan dengan pergi tanpa sebaran penjelasan. dia ingin menceritakan kisahnya kepada cintanya itu. dia ingin sekali berkongsi semua rahsia dengan teman wanitanya itu. dia cuba untuk menghubungi kekasihnya namun apakan daya. kekasihnya telah dimiliki oleh org lain. dia tahu kekasihnya menyesal dengan keputusannya yang terburu2 menerima lelaki itu. dia redha. berharap agar kekasihnya sedar tentang keputusan yang sedang dibuat olehnya. aku. Dia percaya pengorbanan yg dilakukan olehnya itu adalah suci. dia menganggap ini hanyalah dugaan dalam cinta mereka supaya mereka sama2 belajar. dia korbankan cintanya utk keluarga dan keredhaan Allah. tetapi salahnya adalah dia tidak memberi sebarang penjelasan dan kekasihnya pula terlalu terburu2. aku berharap agar cinta mereka diberkati. aku bukan ingin menyokong siapa2 dan menyalahkan siapa2 kerana bagi aku kita tidak boleh jadi sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik.dan aku berharap agar cinta mereka ini mampu memberi pengajaran kepada yang membaca.


abg gayah pnye perasaan:-semakin hari semakin byk jodoh yg bersambung dan terputus kerana pesbuk dan yang sewaktu dengannya.....merosot btoi

Monday, November 9, 2009

reminder ini sangat dahsyat

reminder ini sangat dashat,

Apabila kita berseorangan di waktu malam kadang2 kita akan perasan...'owh sana ada cicak'....'owh cicak itu gay'...atau apa2 sahaja yg terlintas dalam kepala kita ketika kita cuba untuk tidur. dan kita cuba utk bertanya kpd diri kita sendiri dgn pelbagai persoalan hidup. seperti kenapalah aku tak tak bla bla bla yg bernada penuh kekesalan. apa rahsia dia smpai dia boleh bla bla bla yg bernada kekecewaan...dan lain2 lagi....dan semua persoalan ini hanya akan timbul apabila kita berseorangan di waktu malam. ya benar. ketika kita berseorangan di waktu malam. dikala semua org leka dibuai mimpi berkahwin dgn janda, duda, gabenor negara, barack obama ...atau dengan apa sahaja yg tidak mampu mereka capai dalam realiti kehidupan mereka.

reminder ini sangat dashat,

ia membuat kita berfikir bahawa Hidup ini mmg unik. kita x akan berdoa kpd Dia selagi kita x berada dalam kesusahan. Kita juga x akan berdoa kpd Nya selagi kita belum mendapat perkhabaran 'awak x boleh hidup lama' atau 'bini awk kena aids' atau 'jantung awak berbentuk piramid'..Ia seolah2 satu reminder yg sgt berkesan dan unik dlm hidup kita. reminder yg automatically mengingatkan kita kpd realiti kehidupan, kisah perjalanan hidup kita, dan membantu kita menjadi org yg lebih baik. juga reminder ciptaan Nya yg tiada tandingan berbanding reminder hp nokia cap ayam atau sony erikson cap unta. selagi tidak diduga kita x akan pernah bersyukur. kita akan sentiasa mengeluh tentang pekerjaan kita yg bosan. sdangkan kita x pnh memikirkan nasib insan2 yg memerlukan yg tiada pekerjaan, tiada katil selesa, dan tiada duit nk makan nasi kandaq. Ya itulah reminder ciptaan Nya.

Dan malam ini, sama seperti manusia lain, aku juga dihantui reminder yg dashat itu...mengingatkan aku bahawa hidup hanya sekali. dan gunakanlah sebaik-baiknya masa yg ada.....seolah-olah mendapat sepakan percuma di masa kecederaan....owh seriusnya aku. macam x percaya...macam menunggu keputusan juri american next top model...mungkin aku perlu cuba utk serius dengan wajah remy ishak dalam nur kaseh...atau aku perlu menjadi serius seperti jim carrey dalam YES MAN .... owh itu tidak mungkin.....


perasaan penulis:- kenapa cicak itu gay?

Saturday, November 7, 2009

Kolestrol ( tambahkan sabdu di atas huruf 's' ketika disebut'...sssss)

Kole dan straw....ini dua benda yang sangat cocok kalau dipadankan...(fuh layan beb minum ais kosong dalam kole aluminium mamak..rasa mcm nikmat malam pertama)..tapi petikan ini bukan berpuisikan kole dan straw...tapi pasal kolestrol....(jangan lupa sabdu atas 's')...

(teringat makan maggie dalam kole guna pen buat chopstik dulu2 time asrama...)

Harini aku chat dgn kwn aku. Niknamnya NakuCue-bukan nama sebenar-(dan juga bukan membawa maksud nak susu@nak susu badan dalam loghat baby 6 bulan). Rujuk fakta kes di bawah

Kes 1

Ada seorang wanita. namanya tuuuut. 3 bulan lalu wanita ini gembira. Gembira bangat kata minah indonesia. Suaminya senang mendukungnya. Dia berasa sangat gembira kerana kasih sayang suaminya. Kalau ditanya 'abg sayang syg x?...suaminya mst menjawab 'sayang giler'. Dia sangat gembira setiap kali suaminya menjawab sebegitu. Tetapi sekarang semuanya berubah. ...beratnya sudah menjadi tuuuut(dirahsiakan). Kalau dahulu badannya seperti straw. Ditiup rebah. Dihembus melayang. Sekarang tidak lagi. Suaminya juga sudah berubah. Setiap kali diajukan soalan yang sama seperti di atas suaminya akan menjawab 'ape kau buang tebiat ke eton'. Lihatlah perubahan suaminya. Namanya juga sudah ditukar menjadi eton. Dia tabah mendengarnya. Namun wanita itu masih mengajukan soalan yang sama kepada suaminya setiap hari....I

Tuan-tuan dan puan puan sekalian,

Rakyat kita masa kini adalah semakin gemuk. Rakyat kita kini hanya duduk dan makan untuk mati. Dan rakyat kita kini buai dibelai kenikmatan hidup di Malaysia. Sembahyang tu tataw nak kata la. Macam suhu badan. Kalau hujan suhu meter turun. Kalau panas terik meter naik skit la kot sbb baru sedar matahari sejengkal di atas kepala. Astaghfirullahalazim(3 kali....jom rmai2)

Berdasarkan satu kajian berterusan telah mendedahkan bahawa 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) — dua kali purata negara-negara Asia lain. Gua bukan nak cakap aper la kan Mana tak obes. Mkan sehari 7 kali. PTG2 layan manja lara. Tengok khusyuk mcm nampak org kemalangan. Suami balik kerje tanya 'dah minum kacip fatimah?(tersenyum manja)' ......pun buat tatau usha manja lara. Kesian lelaki2 suami mithali cam gua.


Gua berbicara bukan sekadar utk pedoman kawan2 gua. Tapi juga untuk diri gua. Berat gua pun dah lain mcm. Gua tak nak jd mcm Sean Kingston. Gua tak nak jadi mcm Maradona. Gua nak jadi macam Ryan giggs. Tua-tua berlari laju. Dan Gua tak nak jd mcm The Big Show. Macam Kura-kura kalah dgn arnab. Gua tahu sesiapa juga tak mahu. Tapi perlukah kita omong dimulut sahaja. TIDAK!!....SESEKALI TIDAK!!

Pesanan gua kepada kawan-kawan gua. Manja yang gemuk pun dah kurus. Anda bila lagi?


Perasaan penulis:- Tiba-tiba lapaq kari nasi kandaq. Tolong lempang gua

Monday, November 2, 2009

saya macam tak percaya



right click to zoom in



saya mcm x percay
a. dulu saya ada kawan. gama dalam ic dia pakai tudung labuh. tapi sekarang dia x pakai tudung labuh. mungkin sebab tudung tu buat dia kena cop terrorist. al qaeda x mengira bangsa. dia dah free hair. rambut dia lawa. tp x rebonding. mungkin sbb ptptn x ckup. kalau ptptn ckup mst dia buat rebonding

saya macam x percaya. dia dah x nampak mcm karkun. semua org tau dia mmg bkn karkun. semua org bimbang pasai dia bila dia x pakai tudung labuh mcm dalam ic. tp manusia berubah. kita macam pokok lalang. kita juga macam bulu roma mamak penang. bila angin betiup ke kanan kita ke kanan. bila ke kiri kita ke kiri. tapi dia baik hati. alhamdulillah....itu yg mak mentua nak cari tu

saya macam x percaya. sebab dia bendul bangat. semua org bimbang bangat. kalau org cakap bumi bentuk kotak dia percaya bangat. kalau org cakap kota bharu dekat johor pn dia percaya bangat(kuasa dua). dia sangat bendul bangat. semua org tahu bangat dia bendul bangat. dia x marah bangat. sebab dia tahu dia bendul bangat. tapi dia ada kawan ramai bangat. semua kawan2 jaga dia bangat. jadi dia selamat bangat sebab kawan2 dia yg banyak bangat.
saya macam x percaya. harini dia dah kawen. harini ahad 1 november. tapi saya x dapat pergi. ada unfortunate event terjadi. kasihan sama kak cha squarepants. kasihan sama nadira the dancer. kasihan sama aqil the pocket rocket baby. semuanya kerana unfortunate event......saya minta maaf (lagu apologize one republic berkumandang)

DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA NURUL JANNATUNNAIM DAN SUAMI DIA YG ENTAH APA NAMANYA. semoga hubungan kekal abadi ke anak cucu. jgn lupa tongkat ali dan kacip fatimah. bukan apa. untuk hiasan ja. tin dia kan lawa.....



(perasaan penulis:-gunalah playsafe utk family planning. hasilkan modal insan yg terbaek dari ladang)

mak cik rumah banglo

(right click to zoom in)


misterikan tajuk tu....


perasaan penulis:-merasa seram secara tiba2.........jeng3....ayok cuak