Tuesday, December 8, 2009

Imam cabul pemuda di hotel direman 4 hari

TAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.

Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.

Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.

"Mangsa diminta berbogel untuk proses rawatan. Mula-mula, imam terbabit melakukan urutan ke seluruh badan. Mangsa terperanjat apabila dadanya diraba dan kedua-dua cuping telinga diusap. Dia kemudian mengucup bibir dan memegang zakar mangsa.

"Tersentak dengan rawatan luar biasa itu, mangsa mencapai dan menyarung pakaian lalu melarikan diri dari bilik hotel. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tampin," katanya.

Sumber itu berkata, imam terbabit sebelum ini disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak yang mengaji al-Quran dengannya, tetapi kes diselesaikan oleh imam itu dan keluarga mangsa tanpa dilaporkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan imam itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau persendirian yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Beliau juga meminta ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi mangsa atau sesiapa saja yang pernah menjadi mangsa kelucahan melampau suspek terbabit membuat laporan polis untuk membantu siasatan.

perasaan penulis: apalah nak jadi dengan dunia sekarang....ish3....gua harap2 kawan2 lelaki gua jaga2....gua syg sama lu...mmuah

Friday, November 27, 2009

bicara tentang korban

hari ini kita merayakan satu perayaan. iaitu hari raya korban. dan aku sangat gembira merayakannya bersama keluarga aku. aku bersyukur tinggal di malaysia dalam hidup yang serba serbi dilengkapi dengan nikmat kehidupan yg sukar kita dapati di negara lain. adakah mungkin kita mengecapi nikmat keamanan seperti ini di negara lain?tidak!. tidak! dan tidak! aku bukanlah orang yang layak berbicara tentang pengertian korban yang sebenar. tapi aku mula menghayati pengertian tentang pengorbanan seorang kawanku. pengorbanan yang aku rasakan sukar untuk kita capai tanpa kuasa dariNya.

kawanku sedar dia melakukan kesilapan dalam perhubungan mereka. Kisahnya bermula apabila dia menghilangkan dirinya mencari keberkatan hidup disamping masalah yang menimpa keluarganya. ayahnya sedang nazak dan dia juga dibebani dengan pelbagai masalah lain. dia tak ingin kekasihnya terlalu memikirkan keadaannya kerana dia tahu kekasihnya org yg bagaimana. inilah dugaan dunia baginya. namun dia beranikan dirinya mengorbankan cintanya demi mencari sesuatu yg dia tidak pasti keranan dia tahu kekasihnya itu percayakan dirinya dan dia juga percayakan kekasihnya. dia tahu kekasihnya itu akan menunggunya walau apa pn yg terjadi. apa yg diharapkan olehnya dalam doanya hari2 adalah supaya dia dan kekasihnya tabah dalam dugaan cinta mereka ini. sepanjang kehilangannya dia mencari erti sebuah cinta. dia byk mendalami imu agama. dia mencari erti sebuah kehidupan. dia sedar kehilangan dirinya tanpa sebarang penjelasan terhadap teman wanitanya merupakan suatu kesilapan paling besar pernah dia lakukan. sepanjang mencari erti cinta sebenar, kawanku berdoa semoga tuhan memberikan petunjuk kepada dirinya. dia tidak pernah merasakan keajaiban sebelum ini. namun doanya berminggu-minggu telah menjelmakan keajaiban dalam hidupnya. dia didatangi dengan pelbagai petunjuk olehNya. dia mula mendapat kepastian tentang erti cinta yang sebenar.

dia mula mencari cintanya yang telah dia tinggalkan. dia sedar dia telah melakukan kesilapan dengan pergi tanpa sebaran penjelasan. dia ingin menceritakan kisahnya kepada cintanya itu. dia ingin sekali berkongsi semua rahsia dengan teman wanitanya itu. dia cuba untuk menghubungi kekasihnya namun apakan daya. kekasihnya telah dimiliki oleh org lain. dia tahu kekasihnya menyesal dengan keputusannya yang terburu2 menerima lelaki itu. dia redha. berharap agar kekasihnya sedar tentang keputusan yang sedang dibuat olehnya. aku. Dia percaya pengorbanan yg dilakukan olehnya itu adalah suci. dia menganggap ini hanyalah dugaan dalam cinta mereka supaya mereka sama2 belajar. dia korbankan cintanya utk keluarga dan keredhaan Allah. tetapi salahnya adalah dia tidak memberi sebarang penjelasan dan kekasihnya pula terlalu terburu2. aku berharap agar cinta mereka diberkati. aku bukan ingin menyokong siapa2 dan menyalahkan siapa2 kerana bagi aku kita tidak boleh jadi sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik.dan aku berharap agar cinta mereka ini mampu memberi pengajaran kepada yang membaca.


abg gayah pnye perasaan:-semakin hari semakin byk jodoh yg bersambung dan terputus kerana pesbuk dan yang sewaktu dengannya.....merosot btoi

Monday, November 9, 2009

reminder ini sangat dahsyat

reminder ini sangat dashat,

Apabila kita berseorangan di waktu malam kadang2 kita akan perasan...'owh sana ada cicak'....'owh cicak itu gay'...atau apa2 sahaja yg terlintas dalam kepala kita ketika kita cuba untuk tidur. dan kita cuba utk bertanya kpd diri kita sendiri dgn pelbagai persoalan hidup. seperti kenapalah aku tak tak bla bla bla yg bernada penuh kekesalan. apa rahsia dia smpai dia boleh bla bla bla yg bernada kekecewaan...dan lain2 lagi....dan semua persoalan ini hanya akan timbul apabila kita berseorangan di waktu malam. ya benar. ketika kita berseorangan di waktu malam. dikala semua org leka dibuai mimpi berkahwin dgn janda, duda, gabenor negara, barack obama ...atau dengan apa sahaja yg tidak mampu mereka capai dalam realiti kehidupan mereka.

reminder ini sangat dashat,

ia membuat kita berfikir bahawa Hidup ini mmg unik. kita x akan berdoa kpd Dia selagi kita x berada dalam kesusahan. Kita juga x akan berdoa kpd Nya selagi kita belum mendapat perkhabaran 'awak x boleh hidup lama' atau 'bini awk kena aids' atau 'jantung awak berbentuk piramid'..Ia seolah2 satu reminder yg sgt berkesan dan unik dlm hidup kita. reminder yg automatically mengingatkan kita kpd realiti kehidupan, kisah perjalanan hidup kita, dan membantu kita menjadi org yg lebih baik. juga reminder ciptaan Nya yg tiada tandingan berbanding reminder hp nokia cap ayam atau sony erikson cap unta. selagi tidak diduga kita x akan pernah bersyukur. kita akan sentiasa mengeluh tentang pekerjaan kita yg bosan. sdangkan kita x pnh memikirkan nasib insan2 yg memerlukan yg tiada pekerjaan, tiada katil selesa, dan tiada duit nk makan nasi kandaq. Ya itulah reminder ciptaan Nya.

Dan malam ini, sama seperti manusia lain, aku juga dihantui reminder yg dashat itu...mengingatkan aku bahawa hidup hanya sekali. dan gunakanlah sebaik-baiknya masa yg ada.....seolah-olah mendapat sepakan percuma di masa kecederaan....owh seriusnya aku. macam x percaya...macam menunggu keputusan juri american next top model...mungkin aku perlu cuba utk serius dengan wajah remy ishak dalam nur kaseh...atau aku perlu menjadi serius seperti jim carrey dalam YES MAN .... owh itu tidak mungkin.....


perasaan penulis:- kenapa cicak itu gay?

Saturday, November 7, 2009

Kolestrol ( tambahkan sabdu di atas huruf 's' ketika disebut'...sssss)

Kole dan straw....ini dua benda yang sangat cocok kalau dipadankan...(fuh layan beb minum ais kosong dalam kole aluminium mamak..rasa mcm nikmat malam pertama)..tapi petikan ini bukan berpuisikan kole dan straw...tapi pasal kolestrol....(jangan lupa sabdu atas 's')...

(teringat makan maggie dalam kole guna pen buat chopstik dulu2 time asrama...)

Harini aku chat dgn kwn aku. Niknamnya NakuCue-bukan nama sebenar-(dan juga bukan membawa maksud nak susu@nak susu badan dalam loghat baby 6 bulan). Rujuk fakta kes di bawah

Kes 1

Ada seorang wanita. namanya tuuuut. 3 bulan lalu wanita ini gembira. Gembira bangat kata minah indonesia. Suaminya senang mendukungnya. Dia berasa sangat gembira kerana kasih sayang suaminya. Kalau ditanya 'abg sayang syg x?...suaminya mst menjawab 'sayang giler'. Dia sangat gembira setiap kali suaminya menjawab sebegitu. Tetapi sekarang semuanya berubah. ...beratnya sudah menjadi tuuuut(dirahsiakan). Kalau dahulu badannya seperti straw. Ditiup rebah. Dihembus melayang. Sekarang tidak lagi. Suaminya juga sudah berubah. Setiap kali diajukan soalan yang sama seperti di atas suaminya akan menjawab 'ape kau buang tebiat ke eton'. Lihatlah perubahan suaminya. Namanya juga sudah ditukar menjadi eton. Dia tabah mendengarnya. Namun wanita itu masih mengajukan soalan yang sama kepada suaminya setiap hari....I

Tuan-tuan dan puan puan sekalian,

Rakyat kita masa kini adalah semakin gemuk. Rakyat kita kini hanya duduk dan makan untuk mati. Dan rakyat kita kini buai dibelai kenikmatan hidup di Malaysia. Sembahyang tu tataw nak kata la. Macam suhu badan. Kalau hujan suhu meter turun. Kalau panas terik meter naik skit la kot sbb baru sedar matahari sejengkal di atas kepala. Astaghfirullahalazim(3 kali....jom rmai2)

Berdasarkan satu kajian berterusan telah mendedahkan bahawa 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) — dua kali purata negara-negara Asia lain. Gua bukan nak cakap aper la kan Mana tak obes. Mkan sehari 7 kali. PTG2 layan manja lara. Tengok khusyuk mcm nampak org kemalangan. Suami balik kerje tanya 'dah minum kacip fatimah?(tersenyum manja)' ......pun buat tatau usha manja lara. Kesian lelaki2 suami mithali cam gua.


Gua berbicara bukan sekadar utk pedoman kawan2 gua. Tapi juga untuk diri gua. Berat gua pun dah lain mcm. Gua tak nak jd mcm Sean Kingston. Gua tak nak jadi mcm Maradona. Gua nak jadi macam Ryan giggs. Tua-tua berlari laju. Dan Gua tak nak jd mcm The Big Show. Macam Kura-kura kalah dgn arnab. Gua tahu sesiapa juga tak mahu. Tapi perlukah kita omong dimulut sahaja. TIDAK!!....SESEKALI TIDAK!!

Pesanan gua kepada kawan-kawan gua. Manja yang gemuk pun dah kurus. Anda bila lagi?


Perasaan penulis:- Tiba-tiba lapaq kari nasi kandaq. Tolong lempang gua

Monday, November 2, 2009

saya macam tak percaya



right click to zoom in



saya mcm x percay
a. dulu saya ada kawan. gama dalam ic dia pakai tudung labuh. tapi sekarang dia x pakai tudung labuh. mungkin sebab tudung tu buat dia kena cop terrorist. al qaeda x mengira bangsa. dia dah free hair. rambut dia lawa. tp x rebonding. mungkin sbb ptptn x ckup. kalau ptptn ckup mst dia buat rebonding

saya macam x percaya. dia dah x nampak mcm karkun. semua org tau dia mmg bkn karkun. semua org bimbang pasai dia bila dia x pakai tudung labuh mcm dalam ic. tp manusia berubah. kita macam pokok lalang. kita juga macam bulu roma mamak penang. bila angin betiup ke kanan kita ke kanan. bila ke kiri kita ke kiri. tapi dia baik hati. alhamdulillah....itu yg mak mentua nak cari tu

saya macam x percaya. sebab dia bendul bangat. semua org bimbang bangat. kalau org cakap bumi bentuk kotak dia percaya bangat. kalau org cakap kota bharu dekat johor pn dia percaya bangat(kuasa dua). dia sangat bendul bangat. semua org tahu bangat dia bendul bangat. dia x marah bangat. sebab dia tahu dia bendul bangat. tapi dia ada kawan ramai bangat. semua kawan2 jaga dia bangat. jadi dia selamat bangat sebab kawan2 dia yg banyak bangat.
saya macam x percaya. harini dia dah kawen. harini ahad 1 november. tapi saya x dapat pergi. ada unfortunate event terjadi. kasihan sama kak cha squarepants. kasihan sama nadira the dancer. kasihan sama aqil the pocket rocket baby. semuanya kerana unfortunate event......saya minta maaf (lagu apologize one republic berkumandang)

DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA NURUL JANNATUNNAIM DAN SUAMI DIA YG ENTAH APA NAMANYA. semoga hubungan kekal abadi ke anak cucu. jgn lupa tongkat ali dan kacip fatimah. bukan apa. untuk hiasan ja. tin dia kan lawa.....



(perasaan penulis:-gunalah playsafe utk family planning. hasilkan modal insan yg terbaek dari ladang)

mak cik rumah banglo

(right click to zoom in)


misterikan tajuk tu....


perasaan penulis:-merasa seram secara tiba2.........jeng3....ayok cuak

Saturday, October 31, 2009

jangan bagi masuk kotak

dari dekat puji memandang saja pak an berlari dengan berkobar2. pak an laju. mmg laju. semua org tahu. ramai orang cakap dia laju. kalau waktu skola dulu. pak an lari mst rambut die terselak mcm iklan rejoice. tp kali pak an rambut pendek. jadi wujud bentuk sokongan aerospace. ini buat pak an lg laju. puji juga terkesima tgk pan an lari. puji terkinja2 mengejar pak an. puji x larat nak kejar pak an. waktu puji kejar pak an, puji teringat nasihat ustazah time skolah dulu. puji juga teringat pesan atok nenek puji. kasihan puji. puji trauma terok

'jangan buat org x baik tuhan marah. biar org buat kite x pe'

mak ayah puji slalu berpesan setiap kali puji nk pergi kelas mengaji pak mat

'jangan gaduh2 dekat tempat mengaji'....pesan atok nenek

puji x sampai hati...kalau puji sepak kaki pak an nanti kesian dgn pak an. pak an boleh masuk hospital kalau puji sepak kaki dia. puji kuat. tapi puji juga baek hati. pernah dahulu puji tersepak kaki kawan puji smpai patah. itu kalau TER. kalau puji sepak betul2 mmg nauzubillah... ada satu hari puji sakit hati. minah x balas surat puji. penat puji belajar pantun

pecah kaca pecah gelas.
sudah baca harap balas..

lpas dpt surat puji minah buat muke ketat bila tk puji. puji tahu minah marah. puji frust. tp puji bdk sukan. puji amalkan gaya hidop sihat. puji tak boleh ambel ganja. petang tu puji main bola. puji sepak kuat2. bola puji (ermm... i mean bola sepak yg disepak puji).. hinggap lalu sipi2 nak kena rokok dunhill coach. muka coach pucat. coach tekejut. 'kuat gile budak ni sepak'. rokok dunhill coach patah terkena geseran angin tadi. selepas haritu baru coach nampak bakat puji. dia bg puji main last bek@ last man. puji makin suka. hari2 dia makin semangat sebab sebelom ni puji asek tgk rio ferdinand dari jauh. puji main mcm rio ferdinand. tapi malam ni puji nak jadi rooney. puji nak score. puji dah lupa tanggungjawab. puji dalam dilema. puji nak sepak ke tak kaki pak an. puji trauma nasihat mak ayah atok nenek puji. kesian puji. tapi wisel dah bunyi. puji dah tak boleh buat apa......puji sedey....
..
..
..priiiitttt
..
..KELANTAN 3-PERLIS 1
..
..tapi puji tak boleh buat ape. 'argh janji dpt gaji'..detik puji dalam hati...

nota kaki:- puji- fauzi nan @ last bek perlis
pak an-nur farhan @ winger kelantan yg score hatrik


(perasaan penulis:=apsal la puji lepaskan pak an masuk kotak waktu gol 1st. rasa cam nak tarik telinga)

Friday, October 30, 2009

gian pak tongkol

gua da ckp gua x nk main muka buku...korang ajak main gk...sekarang apa dah jadi...

pagi2 gua terpaksa bgn pagi memasak membuka kafe....slalu gua masak yang 12 jam. kalau masak pukul 6 pagi pukul 5.50 petang gua dah ready dpn laptop angkat masakn.gua suka masak ayam. sambil menuggu gua berjihad bersama mafia2 gua...gua x tahan kalau main sehari...ibarat gian gua pada nsi kandaq...atau mungkin lebey lagi....ini semua salah pak tongkol....kalau pak tongkol x ajak gua main pesbook mst gua dah byk pahala di atas sejadah...mst suara gua dah hinggap di bibir telinga manusia2 ketika waktu solat masuk....

harini genap 2 minggu gua buka kafe gua....gua sangat berbangga dengan tahap istiqamah gua setakat ni...gua juga ada 26 mafia...kawan2 gua dikala susah dan senang...mereka x pernah tinggal gua ketika berjihad...satu keadaaan yg sukar utk gua daptkan dalam realiti kehidupan gua...manusia sering merengek tentang kebosanan hidup mereka...tapi mereka tak pernah cuba mempelbagaikan kehidupan mereka...

SELAMAT DATANG FACEBOOK....kah3..

perasaan penulis:- mcm x pecaye jek gua layan facebook...kah3

Wednesday, October 21, 2009

kelibat di pagi buta

ding dong..........(bunyi alarm hp abg gayah)


abg gayah tercari2 hp abg gayah lalu mengoffkan hp tochlite itew....harganya murah dan praktikal...msuk hutan snang memerut....semuanya gara2 hp torchlite abg gayah....terima kaseh ibu kerana sudi menyedekah....

harini abg gayah bangun 4.45am....

kecuit!kecuit!......bunyi geseran sudu di dalam cawan milo abg gayah

abg gayah bukak facebook abg gayah .....lalu memantau keadaaan di tapak perang
stamina abg gayah ada lg 8 daripada 15

3 minit kemudian abg gayah out...

stamina geng2 abg gayah dah habis....

petang nanti abg gayah nak main lagi MAFIA WAR....best gila...sempi punya...rugi ampa tak main


p/s: abg gayah baru buat facebok..add la...sejak bekerja ni bru nk buat...dulu tima blajo x maw...harem ketinggalan

Wednesday, May 6, 2009

FASHA SANDHA IS THE BEST... THE BEST IS FASHA SANDHA...

Langkawi.ya itulah kedudukan aku sekarang dikala aku menaip bende ni.mingu ni ak tersangatlah bosan.nak klua dgn awek,awek x de. nak kata x hensem x jugak. tngu awek jawe dtg ngorat je lah. manis 2 mmg ade sgt2 la aku ni. muke mcm ni x de org jawe nk ngorat mmg plek. bosan nk mampos jd penganggur, sbb tu la aku pergi langkawi. mmg dasyat bile dpt tawu diri aku begini. x sangka mabuk laut. siot je. memalukan persatuan tabligh. faktor kedua aku mabuk seumur hidup selepas nasi kandaq. selalu makan nasi kandaq ja mabuk.macam ular minum todi. sangat tidak disangka. nasi kandaq mmg sempoi. time aku blajaq kalau x pekena nasik kandaq 3 hari aku dah lembik lutut. aku x taw dia bubuh apa tp kalau korang gian nak mabuk, dari dok minum air daun ketum ke baik korang makan nasik kandaq.sempoi pnye.kenyang pastu blik tdo. bgn2 maen bola. mmg masyuk. kalau rumate aku lg psyko. pernah skali die dtg penang. aku pergi amek kul 4 pagi pastu trus pekena nasik kandaq pkui 4.10am. sangat terkesima. rumate yang aneh. eh apehal gua cite pasal nasi kandaq plak. tp bile ak pk sbb aku rase cm pening2 ala2 mabuk rasenye bkn sbb aku mmg pemabuk. aku rase sbb aircon. x syak lg. penumpang ramai,aircon slow. mungkin berisiko nk karam. penumpang sume mak cik xxl. aku dah cuak gile. x larat nak mengucap dah. harap2 x karam. pengurusan feri yang amat tidak berorientasikan keselesaan penumpang. satu fenomena yang tidak bagus. aku ni plak sah2 la kekurangan oksigen. bawu kentot ade. bawu ketiak lg la. tibe2 ade budak makan nasi lauk gulai pulak dengan berselere. sangat nak lempang budak tu. anak sape ni?. perjalanan yang aneh. nk buat2 pengsan mcm x berbaloi. kiri kanan pak cik makcik je. ak x sangup terima CPR dari diorang. so aku ambil keputusan tahan je kpale aku. driver feri pasang impak maksima. mmg sangat x membantu. setiap kali nk pejam mate dnga suare doraemon. sangat memualkan.bkak mate tgk2 fasha sandha. owh my God bile nk sampai. dengan suare2 makcik2 dari geng mengumpat amatur ni, lg la tambah sakit kpale aku. Last2 sampai jgk. Alhamdulillah, aku masih hidup....berjaya keluar dari medan perang dengan selamat....syukur.... akhirnya aku dapat melepaskan diri dari genggaman doraemon....
.
.
Perasaan penulis: Alhamdulillah...akhirnya berhenti juga darah yang tesembur dari hidung aku sepanjang menaip pasal fasha sandha...shukur...

Sunday, April 26, 2009

GURUKU

' aku x nk jd cikgu,bg sejuta pn ak x nk.',kata kawanku.-Shakespeer-

Ini ayat kwn ak yg slalu paw bdk dlu2.dan disebbkn ayat tersebut skrg die bwk lori ais.Atau mungkin ini adalah hukum karma bg org yg slalu paw time skola dlu.Hidup mmg pelik.Tp ni semua ketentuan Ilahi..Kalau org bg sejuta kt aku, mane mungkin ak tolak beb.

Setahu aku,kalau org biase cm kite ni nk dpt sejuta, hanya ada dua cara.

1) Pertama.masuk WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE?
-tp mane mungkin nk menang.Slumdog millionaire je boley menang.2 pn sbb director die buat cerita..Tp mmg respek la filem tu,dasat la bg ak sbb uniq.Ak tgk 47 kali sbb teruja.

2)Kedua,masuk ONE IN A MILLION.
-tP KOrang kne lawan Tomok.Perghh konpem korang kalah.Tomok dahla hensem,suare sedap plak tu.Perggh mmg ssh la.BLUEEEK.mAaf ak termuntah.Ak muntah sbb ak mmg 'minat' gle Tomok walaupun die nyanyi penuh timbul aurat kt leher penuh.dah mcm boley main dam ular.

(p/s-kalau suare cap ayam jgn la gatai nk masuk)

Berbalik kpd ayat di atas,Korang mungkin sekali pernah dengar ayat2 sebegini dari kawan-kawan korang,sepupu sepapat ke, atau terbaca sumpah seranah beremosikan sebegini di pintu tandas USM,UKM,UM dan lain2 lg tmpat yg strategik dan berkemungkinan menjadi medan vandalisme....

Ya benar.Aku juga pernah.Ketika aku masih bergelar pelajar terutamanya ketika di universiti sakit mental aka USM dan sekolah menengah aku yg penuh dgn pelajar2 yg aneh.

sepanjang hidup aku antara bnda yg boley buat ak senyum sesorang(mcm kawan ak name paku yg slalu senyum bace msg sesorang) dan buat ak gelak(ak ssh nk gelak sbnanye) adalah bila ak tawu kwan2 aku yg ak yg perangai mcm naruto jd cikgu tbe2.

Orang pertama yg ak x leh nk bayang adalah Mohd.Asrol aka Paroq.Dia ni slalu jd misteri kpd kehilangan televisyen dalam daerah hulu langat.Paroq ni kwn ak time kt skola.Dia mmg macho.oRGnya gemuk.tp skrg die dah kurus .benarlah kata pepatah kawan aku 'lemak itu ibarat air sirap.tingal nk sedut je'.Lihatlah paroq.Beliaulah contoh terbaik.Kalau dulu org mmg x bg die maen musang terbang(flying fox) sbb takut tali putus.Kalau tali tersebut diibaratkan seperti keju,Paroqlah tikusnya.Mmg trus ghaib tali permainan musang terbang tu.Tp Skrg aku rase mungkin musang sendiri yg akn naek atas die.Walau apa pun ak mmg salute kt paroq krn berjaya memakai seluar carrot cut walaupun sudah ketinggalan zaman.

aKU terkesima ketika melihat diri Paroq buat kali pertama setelah separuh dekad tidur di USM.Paroq ni kwn time ak kt skola.Dia mmg misteri.Dulu2 die mmg kaki kopak bilik dan pakar merembat barang.Bg je bilik ape korang nk,semua die boleh kopak.Walau sesusah mane pn dia akn buat smpai berjaya,inilah sifat yg sgt aku kagumi dlm diri paroq dan mungkin sifat inilah menjadi X-factor bg dirinya sebagai seorang guru.Bak kata pak Arab 'MAN JADA WAJADA'.Maksudnya 'SIAPA YANG BERUSAHA MAKA BERJAYALAH ORG TERSEBUT(lebey kurang gnila).Sebagai menjaga hati kawan2, aku rasa Mungkin sifat inilah yg mungkin mampu paroq perturunkn kepada anak murid beliau yg mungkil bakal mengulangi sejarah jenayah paroq.Paroq ini diibaratkn seperti jantung kepada dorm D02 yakni bilik berpuaka.tANPA jantung siapalah kita.begitu juga paroq.tANpa Paroq maka tak wujudlah sofa 3+2+1+meja kopi,play station 2+televisyen 21 inci dan barangan2 lain.Mmg heaven la bilik ni.Korang x payah msuk Perdana Ria nk putar2 roda terseliuh tangan kalau nk hidu bau barangan2 percuma gni.Paroq mmg legend.Aku rase dia layak jadi subjek kajian misteri Nusantara sbb smpai skrg byk pihak tertanya2 mane dia dpt tv tesebut.Kantol sebijik dgn ustaz, esok dpt tv baru.Mmg pelik bin ajaib.

Sbnanye ak x tawu paroq ade kt mane slame ni.Baru2 ni je bru dpt tahu die kt Maktab Pulau Pinang bersama kereta Wira edisi Gaban yg diperturunkan oleh ibunya.Jaraknye sekangkang kera.Kentot pun dngar.Tp semua tu dah terlambat sbb ak dah x de kt pnang.Sempat lpak skali je pegi mkn ckahuetiaw kt sungai 2.Paroq mungkin berbangga dengan aku sbb menghasilkan karya ini yg penuh dgn pujian untuknya,tAPI,bak kata kawan aku berdarah jawa berkulit hitam manis(muke mcm ainul aisyah beb kwn ak ni), 'things do happen for reasons',kalau tidak,x de la Amerika serang Iraq.Ingat mamak kt SUbaidah layan korang free ke bg tgk MU,mst la nk rembat duit korang.Begitulah konsepnye lbey kurang.So paroq,nant ak trun pnang paham2 la.


Berbalik kpd tajuk kita iaitu GURUKU.Aku berharap supaya korang semua tidak menyamakan guru-guru di Malaysia dengan filem GURU.Ia adalah sgt tidak munasabah.Aku percaya bahawa guru2 di Malaysia pd masa kini sememangnya insan yg amat penting dan berdedikasi dalam menyampaikan ilmu, ditambah pula dengan kepimpinan 'Satu Malaysia' Perdana Menteri kita yg ke-6, Dato Seri Najib Tun Abd.Razak dalam mencorak masa dpn negara kita.Dan ak berharap guru-guru pada masa kini akan masih memperjuangkan kejujuran dalam menyampaikan ilmu dan bukan semata-mata gaji yg byk dan cuti yg byk sahaja kerana negara kita akan dipimpin oleh generasi muda yg berwawasan @ kemungkinan juga oleh mat rempit yg x da moral tp penuh ilmu di dada(nant malaysia jd negara rempit.mmg sempoi.aku suka).Ini semua terletak di tangan anda. Undian anda menentukan pemenangnya.ON AWEERA hantar ke (rujuk 8tv ONE IN A MILLION untuk mengundi-orang kampung aku ni)

Kpd kwn2 aku yg sgt lingkup yg sedang menjadi guru di pedalaman dengan kisah2 lucu mereka yg terpaksa merentasi 2 batang sungai dan berenang bersama harimau untuk sampai ke sekolah mereka,aku berharap korang tabah dan dpt membimbing anak2 muda bangsa kita dan tolonglah JANGAN merosakkan anak pakcik2 dan makcik2 yg telah penat berusaha untuk membayar cukai kerajaan,Aku tawu korang dah lame x pegi semayang jumaat.Tp bwk2 la semayang zohor.Dahla jumaat x pegi zohor plak lesap.Merosot.Astaghfirullahalazim...

Tuesday, April 21, 2009

PETANG YANG ANGGUN

Cuaca hari ini sungguh indah.Time aku masih menuntut, cuaca seperti ini sering mendorong aku untuk berbisik kpd rumate aku yang sengal itu, 'pelik,cuaca elok,apalagi, petang ni maen bola r'.Hari-hari aku akan maen bola dgn rumate aku.Time tu,gol besa,Mmg bes tambah plak dgn sora Mat Langkawi yang seperti menjerkah budak curi buah mempelam.Tapi sbb skrg player2 kacak dah ramai grad,so tinggallah player2 x kacak aka bdk2 baru yang sangat x bes.Aku x ska maen bola dgn bdk baru yang keanyakannya ahli SUKSIS aka polis kanak2 sbb diorang maen mcm nk p berjihad.Kalau Usm hantar diorang pergi Afghanistan mmg konfem la Amerika kalah.Ape pun,sekarang ni, permainan bola di padang keramat Old Trafford Aman itu sgt tidak best.

(info-'pelik' itu adalah satu nama)

Aku seperti biasa, tidur kembali selepas subuh,satu agenda yang sering aku lakukan dalam kehidupan aku yang aneh. 'Ding dong'.Jam berbunyi, aku mengeliat mesra ibarat harimau yang dikejutkan. Hatiku berbisik, 'huiyo,lame gile aku tdo.Dah 1.30'. Aku berjalan dengan penuh selamba ke tandas.Aku tahu muka ak mmg selamba.Ketika di USM,kawan-kawan aku selalu memuji aku,'muke hang mcm org bgn tdo.Patot r x de awek'.Aku tertawa sendirian mengenangkan kenangan-kenangan indah ketika menuntut.

Hari ini hari selasa bersamaan hari sebelum rabu dan selepas ahad.

Aku membuka laptop dan memulakan aktiviti aku mengecek aka mengusha email yang seringkali dipenuhi email dr permainan tagged,frenster dan lain2 lagi permainan bosan yang sgt menggerunkan itu.Aku berym dgn ketua tarian aman damai aka nadira binti salim.Berikut merukan secepis daripada sepotong perbualan kami:

badshah87: apa yang anda lakukan

diella diella: sdg chtg
diella diella: update blog
diella diella: awat ??

badshah87: bagus
badshah87: aktiviti yang berfaedah
badshah87: saya sgt teruja
badshah87: (mengunyah mempelam harum manis)

diella diella: siot je perli ako

badshah87: ape blog anda
badshah87: saya ingin bercanda disana

diella diella:
http://www.nadirasalim.blogspot.com/
diella diella: ko ado blog jgkz ea ??
diella diella: bg la add

badshah87: Rakyat malaysia sering pening apabila memikirkan hari kiamat
badshah87: jadi bilakah peperiksaan anda akan tamat?
badshah87: saya tertanya2

diella diella: 27hb

Perbualan di atas sebenarnya untuk mempromosikan blog kawanku yang tertera di atas.
Ape pun, aku nak berterima kasih kpd beliau kerana sbb beliau ak terase cm nk maen blog walaupun ak x pnh suke pon menatang ni.Sebagai info kepada cowok2 dan cewek2 diluar sana,cik nadira binti salim merupakan ketua tarian aman damai.Kalau dalam askar tu kire pangkat sarjan la.Sebagai mengakhiri, berikut merupakan biodata beliau:

Nama:Nadira binti Salim
Umur:23
Asal:Johor Bharu
Kakak angkat:Kak Cha Squarepants(just married)
Status:Available on ym
Jawatan:Naip yang dipermuda Aman Damai/Tauke french fries gerai jualan Karnival Aman Damai
Mkanan kegemaran:French fries/bakso(sbb pengaruh jawe johor)
Minuman kegemaran:Coca-Cola
Anak buah:ida aka 3r emoticon ym mulut muncung dan penari2 bekup
Moto hidup:Menarilah anda sebelum anda ditarikan
Kejayaan terbesar dalam hidup:Main pingpong