Monday, November 9, 2009

reminder ini sangat dahsyat

reminder ini sangat dashat,

Apabila kita berseorangan di waktu malam kadang2 kita akan perasan...'owh sana ada cicak'....'owh cicak itu gay'...atau apa2 sahaja yg terlintas dalam kepala kita ketika kita cuba untuk tidur. dan kita cuba utk bertanya kpd diri kita sendiri dgn pelbagai persoalan hidup. seperti kenapalah aku tak tak bla bla bla yg bernada penuh kekesalan. apa rahsia dia smpai dia boleh bla bla bla yg bernada kekecewaan...dan lain2 lagi....dan semua persoalan ini hanya akan timbul apabila kita berseorangan di waktu malam. ya benar. ketika kita berseorangan di waktu malam. dikala semua org leka dibuai mimpi berkahwin dgn janda, duda, gabenor negara, barack obama ...atau dengan apa sahaja yg tidak mampu mereka capai dalam realiti kehidupan mereka.

reminder ini sangat dashat,

ia membuat kita berfikir bahawa Hidup ini mmg unik. kita x akan berdoa kpd Dia selagi kita x berada dalam kesusahan. Kita juga x akan berdoa kpd Nya selagi kita belum mendapat perkhabaran 'awak x boleh hidup lama' atau 'bini awk kena aids' atau 'jantung awak berbentuk piramid'..Ia seolah2 satu reminder yg sgt berkesan dan unik dlm hidup kita. reminder yg automatically mengingatkan kita kpd realiti kehidupan, kisah perjalanan hidup kita, dan membantu kita menjadi org yg lebih baik. juga reminder ciptaan Nya yg tiada tandingan berbanding reminder hp nokia cap ayam atau sony erikson cap unta. selagi tidak diduga kita x akan pernah bersyukur. kita akan sentiasa mengeluh tentang pekerjaan kita yg bosan. sdangkan kita x pnh memikirkan nasib insan2 yg memerlukan yg tiada pekerjaan, tiada katil selesa, dan tiada duit nk makan nasi kandaq. Ya itulah reminder ciptaan Nya.

Dan malam ini, sama seperti manusia lain, aku juga dihantui reminder yg dashat itu...mengingatkan aku bahawa hidup hanya sekali. dan gunakanlah sebaik-baiknya masa yg ada.....seolah-olah mendapat sepakan percuma di masa kecederaan....owh seriusnya aku. macam x percaya...macam menunggu keputusan juri american next top model...mungkin aku perlu cuba utk serius dengan wajah remy ishak dalam nur kaseh...atau aku perlu menjadi serius seperti jim carrey dalam YES MAN .... owh itu tidak mungkin.....


perasaan penulis:- kenapa cicak itu gay?

2 comments:

adreenazman said...

cicak tu xder telor

~cik POey~ said...

xpon cicak tu dah lm ngidam nk jd gay kot...kikihhh