Friday, November 27, 2009

bicara tentang korban

hari ini kita merayakan satu perayaan. iaitu hari raya korban. dan aku sangat gembira merayakannya bersama keluarga aku. aku bersyukur tinggal di malaysia dalam hidup yang serba serbi dilengkapi dengan nikmat kehidupan yg sukar kita dapati di negara lain. adakah mungkin kita mengecapi nikmat keamanan seperti ini di negara lain?tidak!. tidak! dan tidak! aku bukanlah orang yang layak berbicara tentang pengertian korban yang sebenar. tapi aku mula menghayati pengertian tentang pengorbanan seorang kawanku. pengorbanan yang aku rasakan sukar untuk kita capai tanpa kuasa dariNya.

kawanku sedar dia melakukan kesilapan dalam perhubungan mereka. Kisahnya bermula apabila dia menghilangkan dirinya mencari keberkatan hidup disamping masalah yang menimpa keluarganya. ayahnya sedang nazak dan dia juga dibebani dengan pelbagai masalah lain. dia tak ingin kekasihnya terlalu memikirkan keadaannya kerana dia tahu kekasihnya org yg bagaimana. inilah dugaan dunia baginya. namun dia beranikan dirinya mengorbankan cintanya demi mencari sesuatu yg dia tidak pasti keranan dia tahu kekasihnya itu percayakan dirinya dan dia juga percayakan kekasihnya. dia tahu kekasihnya itu akan menunggunya walau apa pn yg terjadi. apa yg diharapkan olehnya dalam doanya hari2 adalah supaya dia dan kekasihnya tabah dalam dugaan cinta mereka ini. sepanjang kehilangannya dia mencari erti sebuah cinta. dia byk mendalami imu agama. dia mencari erti sebuah kehidupan. dia sedar kehilangan dirinya tanpa sebarang penjelasan terhadap teman wanitanya merupakan suatu kesilapan paling besar pernah dia lakukan. sepanjang mencari erti cinta sebenar, kawanku berdoa semoga tuhan memberikan petunjuk kepada dirinya. dia tidak pernah merasakan keajaiban sebelum ini. namun doanya berminggu-minggu telah menjelmakan keajaiban dalam hidupnya. dia didatangi dengan pelbagai petunjuk olehNya. dia mula mendapat kepastian tentang erti cinta yang sebenar.

dia mula mencari cintanya yang telah dia tinggalkan. dia sedar dia telah melakukan kesilapan dengan pergi tanpa sebaran penjelasan. dia ingin menceritakan kisahnya kepada cintanya itu. dia ingin sekali berkongsi semua rahsia dengan teman wanitanya itu. dia cuba untuk menghubungi kekasihnya namun apakan daya. kekasihnya telah dimiliki oleh org lain. dia tahu kekasihnya menyesal dengan keputusannya yang terburu2 menerima lelaki itu. dia redha. berharap agar kekasihnya sedar tentang keputusan yang sedang dibuat olehnya. aku. Dia percaya pengorbanan yg dilakukan olehnya itu adalah suci. dia menganggap ini hanyalah dugaan dalam cinta mereka supaya mereka sama2 belajar. dia korbankan cintanya utk keluarga dan keredhaan Allah. tetapi salahnya adalah dia tidak memberi sebarang penjelasan dan kekasihnya pula terlalu terburu2. aku berharap agar cinta mereka diberkati. aku bukan ingin menyokong siapa2 dan menyalahkan siapa2 kerana bagi aku kita tidak boleh jadi sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik.dan aku berharap agar cinta mereka ini mampu memberi pengajaran kepada yang membaca.


abg gayah pnye perasaan:-semakin hari semakin byk jodoh yg bersambung dan terputus kerana pesbuk dan yang sewaktu dengannya.....merosot btoi

0 comments: