Saturday, November 7, 2009

Kolestrol ( tambahkan sabdu di atas huruf 's' ketika disebut'...sssss)

Kole dan straw....ini dua benda yang sangat cocok kalau dipadankan...(fuh layan beb minum ais kosong dalam kole aluminium mamak..rasa mcm nikmat malam pertama)..tapi petikan ini bukan berpuisikan kole dan straw...tapi pasal kolestrol....(jangan lupa sabdu atas 's')...

(teringat makan maggie dalam kole guna pen buat chopstik dulu2 time asrama...)

Harini aku chat dgn kwn aku. Niknamnya NakuCue-bukan nama sebenar-(dan juga bukan membawa maksud nak susu@nak susu badan dalam loghat baby 6 bulan). Rujuk fakta kes di bawah

Kes 1

Ada seorang wanita. namanya tuuuut. 3 bulan lalu wanita ini gembira. Gembira bangat kata minah indonesia. Suaminya senang mendukungnya. Dia berasa sangat gembira kerana kasih sayang suaminya. Kalau ditanya 'abg sayang syg x?...suaminya mst menjawab 'sayang giler'. Dia sangat gembira setiap kali suaminya menjawab sebegitu. Tetapi sekarang semuanya berubah. ...beratnya sudah menjadi tuuuut(dirahsiakan). Kalau dahulu badannya seperti straw. Ditiup rebah. Dihembus melayang. Sekarang tidak lagi. Suaminya juga sudah berubah. Setiap kali diajukan soalan yang sama seperti di atas suaminya akan menjawab 'ape kau buang tebiat ke eton'. Lihatlah perubahan suaminya. Namanya juga sudah ditukar menjadi eton. Dia tabah mendengarnya. Namun wanita itu masih mengajukan soalan yang sama kepada suaminya setiap hari....I

Tuan-tuan dan puan puan sekalian,

Rakyat kita masa kini adalah semakin gemuk. Rakyat kita kini hanya duduk dan makan untuk mati. Dan rakyat kita kini buai dibelai kenikmatan hidup di Malaysia. Sembahyang tu tataw nak kata la. Macam suhu badan. Kalau hujan suhu meter turun. Kalau panas terik meter naik skit la kot sbb baru sedar matahari sejengkal di atas kepala. Astaghfirullahalazim(3 kali....jom rmai2)

Berdasarkan satu kajian berterusan telah mendedahkan bahawa 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) — dua kali purata negara-negara Asia lain. Gua bukan nak cakap aper la kan Mana tak obes. Mkan sehari 7 kali. PTG2 layan manja lara. Tengok khusyuk mcm nampak org kemalangan. Suami balik kerje tanya 'dah minum kacip fatimah?(tersenyum manja)' ......pun buat tatau usha manja lara. Kesian lelaki2 suami mithali cam gua.


Gua berbicara bukan sekadar utk pedoman kawan2 gua. Tapi juga untuk diri gua. Berat gua pun dah lain mcm. Gua tak nak jd mcm Sean Kingston. Gua tak nak jadi mcm Maradona. Gua nak jadi macam Ryan giggs. Tua-tua berlari laju. Dan Gua tak nak jd mcm The Big Show. Macam Kura-kura kalah dgn arnab. Gua tahu sesiapa juga tak mahu. Tapi perlukah kita omong dimulut sahaja. TIDAK!!....SESEKALI TIDAK!!

Pesanan gua kepada kawan-kawan gua. Manja yang gemuk pun dah kurus. Anda bila lagi?


Perasaan penulis:- Tiba-tiba lapaq kari nasi kandaq. Tolong lempang gua

2 comments:

biskott said...

dah boroi?wakakaka

Norita Azrin said...

makan buah la encik gayah... kalau lempang pas 5 minit teringat kat lempeng pun x guna gak~~ hoho.. =o